Tiga anak muda yang dikenali sebagai Ahmad Iqbal Hadi, Muhammad Aiman dan Abdul Basit ditugaskan untuk mengajar al-Quran, menjadi imam solat berjemaah dan menguruskan pelancong yang berkunjung ke masjid.
Mereka turut memimpin khutbah Jumaat dan menjalankan aktiviti dakwah di Christchurch.
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat mereka sangat gigih berdakwah dan telah mendapat pujian ramai serta patut dijadikan contoh bagi ramai golongan muda.