Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Segalanya tampak tidak menjadi buat pasukan Sri Pahang dalam saingan Liga Malaysia musim ini apabila mereka masih gagal mencatat sebarang kemenangan selepas mengharungi tiga perlawanan Liga Super.
Kekalahan 1-2 kepada Melaka United di Stadium Darul Makmur semalam mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong Tok Gajah walaupun mendahului 1-0 di separuh masa pertama hasil jaringan penalti oleh Mahmoud Zatara.
Gol awal tersebut sepatutnya menjadi pembakar semangat untuk pemain Sri Pahang terus menambah jaringan namun Melaka United berjaya menghukum kelekaan benteng pertahanan menerusi rembatan Emmanuel Otti pada minit 51 dan Hasbullah Abu Bakar pada minit ke 70.
70′ GOL | Hasbullah Abu Bakar meletakkan Melaka United FC di depan!@OfficialPahang 1-2 @MelakaUnitedFC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/AUn616AXTJ
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) April 16, 2022
Kekalahan itu…