Tiga daripada empat orang wanita meninggal dunia apabila mereka tertidur di dalam kereta ketika berhenti berehat. Kejadian itu berlaku di Shell Sama Gagah Lebuhraya PLUS pada 8.30 malam, 16 September 2020. Difahamkan, empat orang sahabat itu dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Menurut laporan portal itu lagi, bapa bertindak keluar mencari anaknya selepas bimbang anaknya tidak sampai di rumah pada jam 11 malam. Difahamkan, anak ada menghantar mesej kepada ibu pada jam 9.15 malam.
Sebaik tiba di stesen minyak, dia menemui kereta dalam keadaan enjin dihidupkan. Kesemua mereka didapati tidak sedarkan diri sebelum bapa menghubungi petugas kesihatan.
Ketahui selanjutnya di sini.