
KUALA LUMPUR: Penyedia aplikasi TikTok akan menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Komunikasi Digital menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membendung segera penyebaran kandungan berunsur provokatif serta ekstremis di media sosial.
Menteri Komunikasi Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata hasrat dan komitmen penyedia aplikasi itu dinyatakan dalam sesi perjumpaan beliau dengan pihak TikTok serta SKMM, petang tadi.
“Hasil perbincangan ini, pihak TikTok menyatakan hasrat dan komitmen untuk menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Komunikasi Digital melalui SKMM untuk segera membendung dan membanteras penyebaran kandungan berunsur provokatif dan bersifat ekstremis ini di media sosial yang mengganggu keharmonian pelbagai lapisan masyarakat.
“Insya-Allah, saya juga akan…