Menerusi laporan BBC, Presiden AS, Donald Trump berkata dia akan mengeluarkan perintah eksekutif untuk memberi penangguhan kepada aplikasi itu apabila dia memegang jawatan pada Isnin.
Trump yang sebelum ini menyokong pengharaman platform itu, berjanji pada Ahad untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang dan memberi lebih banyak masa untuk perjanjian dibuat.
Tidak lama selepas itu, aplikasi itu mula berfungsi semula dan mesej pop timbul kepada mengucapkan terima kasih kepada pengguna di AS di samping menyebut nama Trump sebagai sebab aplikasi itu kembali di AS.
