Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Timang Anak Kedua, Dayah Bakar Lahirkan Baby Boy

today30 December 2023

Background

Pengacara dan personaliti TV3, Dayah Bakar telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada Jumaat.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia memaklumkan bahawa dia menimang anak kedua kira-kira jam 11:01 pagi di sebuah perubatan swasta.

Namun begitu, Dayah belum berkongsi wajah dan nama bayi keduanya tetapi memaklumkan dia dikurniakan bayi lelaki yang diberi gelaran manja iaitu ‘Baby Adik’.

Susulan itu, Dayah sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada yang mendoakan mereka.

“Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. 29/12/2023, dengan limpah kasih dan kebesaranNya, baby adik telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat jam 11:01 pagi dan alhamdulillah kedua baby dan ibu dalam keadaan baik.

“Terima kasih untuk semua yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami. Hanya Allah mampu membalasnya. We are overwhelmed with so much love, and so grateful for this rezq. Thank you ya Allah.

“P/s: Its another hero,” tulisnya.

Untuk rekod, Dayah berkahwin dengan Hanif pada Jun 2018.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan anak lelaki sulung iaitu Achbar Muhammad Fahri, 3.

Dayah Bakar

Artikel Berkaitan: Bakal Melahirkan Bayi Kedua, Dayah Bakar Mohon Doa Urusan Dipermudahkan

Written by: Aqilah


Previous post