Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Timbalan KM P Pinang hadir pejabat SPRM bantu siasatan isu dana zakat

today2 March 2026

Background


Mohamad Abdul Hamid
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Abdul Hamid sebelum ini berkata eliau bersedia dipanggil SPRM untuk membantu siasatan dan akan beri kerjasama penuh. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Abdul Hamid, tiba di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di George Town bagi membantu siasatan agensi itu berhubung dakwaan salah guna dana zakat.

Sebuah Proton X70 yang membawa ketua PKR Pulau Pinang itu memasuki pekarangan pejabat SPRM negeri kira-kira 9.48 pagi tadi, sebelum beliau dilihat memasuki bangunan berkenaan, lapor Sinar Harian.

Mohamad, yang juga pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIP), dipercayai memberi keterangan berkaitan siasatan SPRM terhadap dakwaan dana zakat disalah guna oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri bagi tujuan pembelian tanah.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan mengunjungi beberapa pejabat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan untuk mendapatkan dokumen.

Mohamad berkata…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Medvedev terperangkap di Dubai

Dubai: Bekas pemain nombor satu dunia, Daniil Medvedev bersama keluarga dan pasukannya terperangkap di Dubai, sehari selepas dia memenangi Kejohanan Tenis Dubai Duty Free, menjadikannya gelaran ATP ke-23 dalam kariernya.

today2 March 2026