Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Timbalan MB Kelantan anggap pertandingan menangis hiburan semata

today8 April 2026

Background


Pertandingan menangis di Kelantan yang tular baru-baru ini dikecam orang ramai kerana dikatakan memalukan dan tidak sesuai.
PETALING JAYA:

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohamed Fadzli Hassan berpandangan pertandingan menangis yang tular di negeri itu sekadar hiburan, selagi tidak melampaui batas serta patuh undang-undang dan peraturan.

Beliau berkata, pendirian itu selari pandangan Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad, yang menyatakan sebarang pertandingan jika tidak membawa mudarat dan tidak berbahaya kepada peserta, tidak dihalang dalam Islam.

“Saya setuju dengan pandangan mufti Kelantan sebagaimana dilaporkan. Selagi mana ianya tidak melampau batas dan melanggar undang-undang dan peraturan negeri, anggaplah ia hanya sekadar hiburan semata-mata,” katanya kepada FMT.

Namun, Fadzli mengingatkan agar penganjur dan peserta tidak keterlaluan sehingga boleh menjejaskan imej individu mahupun negeri.

“Cumanya, jangan berlebihan sehingga membawa kepada imej yang tidak baik kepada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post