Tiada angin tiada ribut, berita mengenai seorang personaliti televisyen popular berstatus suami orang dan bergelar seorang bapa didakwa kaki pukul dan mempunyai penyakit baran.
Menurut individu dipercayai anak kepada selebriti berkenaan, bapanya itu merupakan seorang yang berperwatakan lembut dan kelakar, namun disebalik sikap baiknya itu hanya pihak keluarga sahaja yang tahu mengenai sikap panas barannya.
Luahan perasaan itu dikongsikan sendiri oleh anak selebriti berkenaan menerusi aplikasi Q&A dan dimuat naik semula di platform X.
“Memandangkan ramai share story mereka, aku nak cerita sisi gelap family aku. Aku anak artis dari kecil semua kenal dan tahu aku anak siapa.
“Ramai rasa benda tu macam privillage. Yes, sometimes it is tapi… kau orang takkan pernah terfikir yang dia seorang yang kaki pukul. Diluar, didepan peminat semua cakap dia baik, lembut dan kelakar. Dekat rumah? Hanya family sahaja tahu baran dia macam mana,” katanya.
Tidak habis disitu, individu berkenaan juga pernah terfikir mahu mendedahkan sikap bapanya, namun percaya tindakan tersebut hanya sia-sia dek kerana ‘personaliti’ yang dibawanya ketika berada di khalayak umum.
Malah, dia juga berasa trauma untuk mendirikan rumah tangga akibat ‘penyiksaan’ yang dialami.
“Kadang aku fikir aku nak sangat semua orang tahu perangai dia sebenar. Tapi siapa je nak percaya kalau dia dekat luar carry watak ‘personality tv’ dia tu.
“Banyak lagi benda yang kami sekeluarga lalui, perasaan takut tak pernah jauh dari kehidupan seharian kami. Baran dia, buatkan aku jadi taknak kahwin seumur hidup,” jelasnya.
Lebih memeritkan, individu terbabit mengaku ‘sakit’ apabila mentalnya terseksa sejak kecil.
“Mental aku diseksa dari kecil. Sakit tau. Lagi sakit sebab tak boleh nak cerita dekat orang luar… Sebab dia ‘artis’ yang baik kan?
“Bullsh*t lah, semua tu lakonan semata-mata,”kongsinya.
Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet berteka-teki siapakah gerangan selebriti yang dimaksudkan dalam masa sama turut bersimpati terhadap nasib yang menimpa individu terbabit.