Salah seorang pemain bola sepak pasukan popular heboh menjadi perbualan di media sosial selepas tular ciapan individu mendakwanya lelaki spesis ‘kaki kikis’ duit wanita demi kesenangan diri sendiri.
Berdasarkan ciapan di X, individu tersebut berkongsi pendedahan daripada rakan baiknya yang menjadi mangsa pemain bola sepak itu.
Dakwanya, modus operandi yang digunakan oleh pemain bola sepak ini adalah dengan membuat cerita sedih antaranya tiada duit untuk isi minyak, tiada kasut untuk perlawawan dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, individu tersebut turut mendakwa pemain bola sepak ini seorang ‘playboy’ dimana dia mempunyai kira-kira enam teman wanita dalam satu masa.

Sementara itu, individu tersebut turut menjelaskan niatnya mendedahkan perkara tersebut adalah untuk memberi pengajaran kepada pemain bola sepak itu untuk bertanggungjawab membayar semula hutangnya.
