Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Timbul Gosip Cerai, Luqman Hafidz Enggan Beri Respons Lanjut

today21 October 2022

Background

Baru-baru ini, pelakon Luqman Hafidz memaklumkan bahawa dia masih belum bersedia untuk menjawab mengenai kontroversi yang mendakwa dirinya sudah berpisah dengan isteri.

Jelas Luqman atau nama sebenarnya Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi, 31, dia bukanlah seorang yang jenis berkongsi mengenai hal peribadi namun ia masih mendapat perhatian.

β€œApa yang boleh dikata, saya belum bersedia lagi berkongsi apa-apa berkaitan peribadi (rumah tangga). Selama ini pun, saya memang tidak pernah berkongsi soal peribadi berbanding karier.

β€œBagi saya, setiap orang ada pendapat masing-masing untuk pandang setiap masalah itu macam mana. Sebabnya, kita semua tidak terlepas daripada mengalami masalah,” jelasnya.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon Ku Punya Hati itu berharap pendekatan yang diambil untuk tidak berkongsi mengenai isu peribadinya dapat diterima baik oleh semua pihak.

β€œMacam saya kata, daripada dulu lagi memang saya tidak pernah berkongsi kisah peribadi kepada umum. Saya faham sebagai anak seni, orang memang nak tahu cerita peribadi kita.

β€œJadi, kalau orang masih nak buat spekulasi, terserah. Saya pun mahukan ketenangan. Perkara itu (rumah tangga) saya akan cakap juga, Cuma tunggu masa yang sesuai,” ujarnya lagi.

Terdahulu, timbul satu spekulasi yang menyatakan bahawa ikatan perkahwinan Luqman dan isterinya, Nurul Atiqah Mad Apandi, 31 telah terlerai dan kini membawa haluan masing-masing.

Untuk info, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga bersama pada 20 Mac 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia setahun lapan bulan.

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah


Previous post