
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Umno, Azalina Othman Said, tampil mempertahankan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh daripada DAP yang dikritik memakai selendang ketika melawat sebuah masjid minggu lalu, dengan menyifatkannya tindakan “bertanggungjawab dan profesional’.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu, berkata Yeoh bukan sahaja berkhidmat untuk kawasannya, tetapi turut menghormati etika di masjid.
“Selepas 64 tahun merdeka, kita tidak malukah masih menggunakan politik kebencian kaum dan agama? Cukup-cukuplah,” tulis Ahli Parlimen Pengerang itu di Twitter.
Yeoh kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada Azalina kerana “menjadi suara kesederhanaan”
Sebelum ini, Yeoh dikritik pemimpin DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau kerana memakai selendang ketika melawat sebuah masjid di Kuala Lumpur minggu lalu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, kemudian mempertahankan Yeoh dan menyelar Boo dengan menyifatkan kritikannya tiada beza dengan kenyataan “pemimpin…