
PUTRAJAYA: Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Vientiane, Laos berjaya menyelamatkan seorang warga Malaysia berumur 19 tahun di sebuah hotel di Vientiane semalam, daripada diperdaya sindiket penipuan tawaran pekerjaan.
Menurut Wisma Putra, warga Malaysia berkenaan diselamatkan selepas Kementerian Luar menerima laporan daripada polis dan keluarga mangsa.
“Mangsa tersebut telah diperdaya oleh seorang warga asing melalui media sosial dan dibawa keluar dari Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA 2) pada 25 Mac 2024.
“Walau bagaimanapun, tindakan pantas Kedutaan Besar Malaysia di Vientiane telah berjaya menggagalkan cubaan pihak sindiket untuk merekrut mangsa tersebut,” katanya menurut kenyataan.
Wisma Putra turut memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Vientiane juga telah menghulurkan bantuan…
