Ketua Polis Negara berkata semua anggota penguatkuasa perlu mematuhi integriti dan kedaulatan termaktub dalam undang-undang.

KUALA LUMPUR: Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap anggota terlibat kegiatan haram, kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.
“Jika terdapat pembabitan mana-mana pegawai dan anggota polis dalam apa juga aktiviti menyalahi undang-undang, kita akan mengambil tindakan sewajarnya.
“Polis sehingga kini konsisten tidak berkompromi dengan pegawai dan anggota yang terbabit perbuatan menyalahi undang-undang dan perkara itu sudah kita buktikan dalam pelbagai kes membabitkan anggota kita,” katanya selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Bukit Aman.
Acryl Sani berkata, semua anggota penguatkuasa perlu mematuhi integriti dan kedaulatan termaktub dalam undang-undang.
Beliau…