Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tindakan Umno Puchong putus kerjasama PH umpama ‘kucing mengiau’, kata Ti

today27 December 2025

Background


ti lian ker
Bekas naib presiden MCA Ti Lian Ker berkata tindakan Umno bahagian Puchong itu tidak beri kesan kepada DAP atau Yeo Bee Yin. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Umno perlu mengambil pendirian tegas dan bukan hanya mengharapkan tindakan Umno bahagian Puchong yang ‘mampu mengiau seperti kucing rumah’ terhadap kenyataan Ahli Parlimen DAP Yeo Bee Yin kepada Najib Razak, kata pemimpin MCA Ti Lian Ker.

Ti menyifatkan tindakan bahagian itu memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai ‘tidak bertaring’, sambil berkata ia tidak mengubah apa-apa di peringkat persekutuan dan negeri, serta tidak memberi kesan kepada DAP di Puchong.

“Tindakan ini bukan sahaja gagal ‘melukakan’ DAP, malah tidak mampu mencalar Yeo,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Merujuk kepada kemenangan Yeo pada PRU lalu dengan majoriti besar 57,957 undi di Puchong, bekas naib presiden MCA itu berkata Umno sepatutnya bertindak di peringkat nasional, bukannya melalui protes lemah di bahagian.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post