Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
AC Milan kini terus kekal mendahului dua mata di puncak Serie A selepas kesilapan penjaga gol lawan pada lewat perlawanan memberikan mereka kemenangan menentang Fiorentina di San Siro.
Rafael Leao mengambil kesempatan daripada kesilapan penjaga gol Pietro Terracciano untuk merembat masuk bola untuk mengekalkan Milan di kedudukan teratas. Milan kini masih berada di ‘driving seat’ untuk kejuaraan liga pertama mereka sejak 2011.
“Ia adalah perlawanan akhir,” kata Leao. “Sekarang kami perlu kekal fokus pada matlamat kami.”
Saingan terdekat Inter Milan terus mengejar dengan kemenangan 2-1 di Udinese.
Selepas separuh masa pertama tanpa jaringan di mana Milan gagal mencatatkan rembatan ke sasaran menentang Fiorentina, tuan rumah terlepas peluang besar untuk mendahului dua minit selepas perlawanan bermula apabila Leao melepaskan rembatannya dari jarak dekat sebelum sepakan…