Hot FM

Tingkat MyJalan dengan pemantauan masa nyata jalan rosak, cadang pakar


Lebih 4,000 aduan di bawah jalan seliaan Jabatan Kerja Raya telah diselesaikan oleh pihak terbabit. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pakar dan NGO mencadangkan aplikasi MyJalan KKR bagi memudahkan pengguna melaporkan kerosakan jalan raya ditingkatkan fungsinya termasuk menerapkan elemen kecerdasan buatan (AI) dan internet kebendaan (IoT).

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM) Law Teik Hua berkata inisiatif diperkenalkan Kementerian Kerja Raya (KKR) setakat ini dilihat menggalakkan pengguna menyalurkan maklumat berkaitan apabila merekodkan 17,157 aduan sejak 1 Ogos tahun lalu hingga 29 Jul.

Menurutnya, aduan itu membantu pelbagai agensi kerajaan dan bukan hanya KKR untuk membaiki jalan rosak seperti berlubang di bawah seliaan masing-masing sekali gus memberi keselesaan kepada pengguna.

“Galakkan MYJalan KKR ini perlu diteruskan dan dipertingkatkan fungsinya dengan melakukan tambah baik supaya dapat selesaikan lebih banyak masalah jalan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version