Hot FM

Tingkat stok penimbal makanan secara strategik


beli beras supermarket
Sebelum ini timbul kebimbangan bekalan dan harga makanan akan meningkat susulan krisis di Asia Barat membabitkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Kerajaan perlu meningkatkan stok penimbal makanan secara strategik bagi menghadapi ketidaktentuan global susulan konflik geopolitik, kata ahli akademik.

Norsida Man berkata, walaupun Malaysia tidak bergantung secara langsung kepada Asia Barat, negara tetap terdedah kepada kesan tidak langsung melalui sistem perdagangan global.

Katanya, gangguan di laluan perdagangan utama seperti Laut Merah dan Selat Hormuz boleh meningkatkan kos penghantaran, melambatkan bekalan dan menaikkan harga makanan.

“Dalam ekonomi moden, gangguan logistik lebih cepat menaikkan harga berbanding kekurangan pengeluaran sebenar.

“Untuk mengatasinya terutama berkaitan harga stok penimbal juga perlu ditingkatkan,” kata pensyarah Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada FMT.

Namun,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version