Onn Hafiz Ghazi berkata masalah berlaku di dua pintu keluar masuk itu sudah berlarutan terlalu lama dan perlu ditangani.

JOHOR BAHRU: Tindakan meninjau Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri secara kerap bukan untuk mencari kesalahan pihak atau individu tertentu.
Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, berkata sebaliknya beliau mahu membantu menangani isu yang kerap berlaku di kawasan berkenaan, sekali gus memastikan rakyat menikmati manfaat perkhidmatan di dua pintu keluar masuk laluan darat di negeri ini dengan lebih selamat dan selesa.
“Masalah di CIQ bukanlah sesuatu yang berlaku dalam satu atau dua tahun lepas, tetapi telah menjadi warisan. Kami mahu menangani isu itu. Ramai…