

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing menggesa tindakan tegas diambil terhadap pemegang pas program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang menyalahgunakan program itu, termasuk menjalankan perniagaan secara haram.
“Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) meminta Jabatan Imigresen memperketat pemantauan terhadap pemegang MM2H, khususnya mereka yang tidak memenuhi syarat untuk menjalankan perniagaan, tetapi masih terlibat kegiatan perniagaan di negara ini.
“Semoga semua pihak terus memberi kerjasama bagi memperkukuh pelaksanaan program MM2H demi kepentingan dan manfaat bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Di bawah peraturan semasa MM2H, hanya individu dalam kategori platinum dibenarkan bekerja, melabur atau menjalankan perniagaan. Peserta dalam kategori emas, perak serta zon ekonomi atau…