Syeikh Fadzil Awang menasihati umat Islam jangan berbalah dan mempercayai khabar angin hari raya pada Jumaat.

PETALING JAYA: Mufti Kedah Syeikh Fadzil Awang berpandangan kemungkinan anak bulan kelihatan pada malam Jumaat sangat tipis.
Beliau berkata demikian hasil perbincangan dengan “sahabat-sahabat kita” yang terlibat mencerap anak bulan.
“Berdasarkan perbincangan dengan semua sahabat-sahabat kita yang terlibat bahawa pada malam Jumaat (tarikh lihat anak bulan) itu kemungkinan untuk dapat lihat anak bulan sangat tipis dan tidak mencukupi kriteria-kriteria yang diputuskan.
“Jangan berbalah atau sebar tentang spekulasi 1 Syawal sehingga merujuk kepada Pusat Astronomi Antarabangsa bahawa 1 Syawal akan jatuh pada hari Jumaat.
“Walau apa pun keputusannya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar…