
PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan (Kementah) menyerahkan dokumen berkaitan empat tender perolehan membabitkan tujuh syarikat yang terlibat dalam kegiatan menipu bida kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk tindakan lanjut.
Kementah dalam kenyataan memaklumkan semua perolehan itu membabitkan empat tender pembekalan barangan dan perkhidmatan yang dianggarkan bernilai RM20.8 juta pada 2016 dan 2020.
“Semua perolehan terlibat dalam siasatan ini dilaksanakan secara tender terbuka dan sebut harga mengikut tatacara perolehan ditetapkan Kementerian Kewangan dan semua dokumen berkenaan dikemukakan kepada MyCC setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada Bahagian Undang-undang Kementah,” menurut laporan Bernama.
Kenyataan itu menyebut berdasarkan rekod, empat syarikat disenaraikan terlibat dalam perolehan pembekalan barangan runcit dan perkhidmatan…
