
PETALING JAYA: Seorang lelaki didakwa menyamar sebagai pakar sakit puan dari hospital swasta di Singapura sebelum berjaya memperdaya 10 wanita supaya menghantar gambar dan video sulit mangsa.
Tertuduh Ooi Chuen Wei, 36, yang juga warga Malaysia hari ini didakwa atas sembilan pertuduhan menipu dengan menyamar. Dia sebelum ini didakwa pada 13 November kerana menipu seorang wanita dengan cara sama, seterusnya keseluruhan kini menghadapi 10 tuduhan.
Laporan Berita Mediacorp memetik kenyataan polis sebelum ini berkata, Ooi menyamar menjadi pakar sakit puan dari sebuah hospital dan mempelawa seorang mangsa untuk menyertai kempen “meningkatkan kesedaran bagi kesihatan wanita”.
Dia juga didakwa meminta gambar alat sulit wanita itu bagi “tujuan penyelidikan” dan membuat profil Facebook untuk berpura-pura menjadi doktor….