
PETALING JAYA: Tipu maklumat dan dokumen tidak lengkap antara punca kelewatan menerima bantuan bencana banjir Monsun Timur Laut (MTL), selain bantuan khas Covid-19, kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Khairul Shahril Idrus.
Katanya, Nadma sudah menyalurkan peruntukan bantuan bencana banjir MTL ke semua pejabat setiausaha kerajaan negeri selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Beliau berkata, pihak berkaitan sentiasa cuba mempercepatkan proses pemberian bantuan, namun faktor berkenaan ada kala menyebabkan usaha tersebut sedikit terbantut.
“Kami juga tidak mahu pemohon yang sepatutnya dapat bantuan tetapi dinafikan hak disebabkan mereka yang tidak jujur memberi maklumat diri. Jadi proses pemutihan perlu dilakukan dengan…