
PETALING JAYA: Bekas ketua kampung dijatuhi hukuman penjara 15 bulan dan lapan sebatan oleh Mahkamah Majistret Muar, hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan nama Baitulmal untuk menipu projek tidak wujud, sejak Ogos dan September lalu.
Tertuduh yang juga bapa enam anak, Mohd Nazri Buang, 47, membuat pengakuan itu terhadap semua lapan pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid, lapor Harian Metro.
Dia didakwa menipu warga emas Faizal Awab, 71, supaya menyertai projek di bawah kendalian Baitulmal, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Daerah yang menyebabkan mangsa kerugian sehingga RM25,660.
Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa memperdayakan lelaki terbabit untuk mendapatkan tender membekalkan peralatan perubatan dan membaik pulih rumah fakir miskin daripada MAIJ…