
KUALA LUMPUR: Bekas pengurus besar Syarikat Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan seorang wanita didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan bersubahat menipu syarikat itu bagi meluluskan pembayaran tuntutan RM708,000 berhubung projek pembinaan Mayang Mall di Terengganu.
Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman itu ke atas Khairul Anuar Abd Samad, 49, dan bekas penolong pengurus perolehan dan kontrak Syarikat Gafis (M) Sdn Bhd Rosliza Lah, 47, selepas mereka menukar pengakuan kepada bersalah terhadap tuduhan pilihan hari ini.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara 30 hari jika mereka gagal membayar denda.
Khairul Anuar didakwa bersubahat dengan Mohd Azhari Che Omar, 44, yang ketika itu perunding Syarikat Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) untuk menipu PHB dengan membantu Mohd Azhari menandatangani…