
KUALA LUMPUR: Dua rakan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berhubung skim perumahan dan pelaburan membabitkan kerugian RM326,500, dua tahun lalu.
Rozma Yunus, 53, dan A Rajeswary, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Kedua-dua wanita itu didakwa menipu Mohd Rafidy Yaacob, 51, dengan cara memperdayakan mangsa dalam skim perumahan dan pelaburan yang tidak wujud, sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM326,500 secara pembayaran tunai dan pindahan wang ke akaun Maybank atas nama syarikat RC Developer Resources milik mereka.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail di sini, pada 13 Jan dan 20 April 2020.
Pertuduhan…