Hot FM

Tipu tuntutan nafkah, wanita diperintah bayar bekas suami RM1.2 juta


Mahkamah KL
Mahkamah Tinggi perintah seorang wanita dan suami baharunya memulangkan RM310,000 yang diperolehi daripada si bekas suami, serta ganti rugi teruk RM400,000 dan ganti rugi teladan RM300,000.
KUALA LUMPUR:

Seorang wanita yang menyembunyikan perkahwinan semula selama lapan tahun untuk terus menerima nafkah daripada bekas suami diperintahkan membayar lebih RM1.2 juta kepada bekas suami itu, selepas Mahkamah Tinggi mendapati wanita itu bertanggungjawab atas penipuan dan pakatan sulit.

Hakim Evrol Mariette Peters memerintahkan wanita tersebut dan suami baharunya secara bersesama dan berasingan memulangkan RM310,000 yang diperolehi daripada si bekas suami antara tahun 2012 dan 2019.

Beliau juga memerintahkan pasangan itu membayar RM400,000 sebagai ganti rugi teruk dan RM300,000 lagi sebagai ganti rugi teladan kepada si bekas suami.

Selain itu, Peters, kini hakim Mahkamah Rayuan, memerintahkan pasangan itu membayar kos sebanyak RM200,000 kepada si bekas suami.

Menurut alasan penghakiman,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version