

Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, 24 sebatan dan denda RM40 juta terhadap seorang pengurus perhubungan sebuah bank antarabangsa yang mengaku bersalah atas 16 pertuduhan penipuan serta lapan pertuduhan pengubahan wang haram.
Kho Yung Kang, 39, didakwa menipu lapan warga emas berusia lingkungan 60 hingga 75 tahun membabitkan RM1.58 juta menerusi skim pelaburan bon tidak wujud dan melakukan pengubahan wang haram di bank tempat beliau bekerja antara September 2022 hingga Februari 2024.
Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Hakim Iris Awen Jon memerintahkan Kho dihukum penjara antara tiga dan empat tahun dengan satu sebatan bagi setiap…