Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tiru proses kelulusan pantas Kedah, saran CEO koridor utara

today20 February 2024

Background


E10 adalah proses laluan pantas yang mengendalikan permit pembinaan untuk memastikan kerja dapat dimulakan dalam tempoh ditetapkan tanpa kelewatan.

GEORGE TOWN: Keupayaan Kedah meluluskan projek pembinaan dalam tempoh kurang dari 10 bulan adalah model yang patut ditiru oleh negeri-negeri lain di Utara Semenanjung, kata CEO Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Haris Kader Sultan.

Haris berkata, berbanding proses kelulusan tradisional di mana permohonan perlu melalui beberapa jabatan, pendekatan Kedah menghimpunkan semua pihak berkaitan untuk mempercepat proses membuat keputusan di bawah sistem E10 kerajaan negeri.

Menurut laman sesawang kerajaan Kedah, E10 adalah proses laluan pantas yang mengendalikan permit pembinaan untuk memastikan kerja dapat dimulakan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa kelewatan.

“Kami mahu setiap negeri di Utara meniru apa yang diamalkan di Kedah. Kerana pada akhirnya, ia memudahkan proses perniagaan,” kata Haris kepada wartawan ketika…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Predeep Nambiar


Previous post