Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Titip Nasihat Mengenau Komitmen, Shila Amzah Kongsi Cara ‘Mengorat’ Bakal Mentua

today1 June 2023

Background

Selepas berkongsi kepada peminat mengenai berita pertunangannya bersama kekasih hati, Ubai MZ baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah sekali lagi mendedahkan tips bagaimana ibunya, Datin Fauziah boleh menerima Ubai walaupun jarak usia antara mereka berdua jauh berbeza.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS), Shila tampil memberi jawapan kepada persoalan yang diajukan peminatnya itu menerusi sesi soal jawab atau Q&A berkenaan.

“Pujuk la slowly dan teman lelaki awak pun kena pandai main peranan ‘mengorat’ mummy you.

“Saya rasa kena beri jaminan kepada mummy awak yang umur itu tidak penting. Kalau awak sahaja yang pujuk memang penat.

“Ramai je bekas teman lelaki saya yang kena reject dengan my mom sebelum ini. Sekarang je dia okay sebab satu hari nanti, kita yang pilih kebahagiaan dan bertanggungjawab dengan keputusan kita sendiri,” katanya.

Selain itu, pelantun lagu Tiada Dirimu ini turut menitipkan pesanan apabila ada yang memintanya untuk memberikan nasihat terhadap bagaimana cara untuk memberikan komitmen dan secara langsung komited dalam perhubungan.

“Adalah normal untuk berasa takut, saya pun. Orang macam kita ni, perlukan jaminan dan yang paling penting berhenti untuk mensabotaj diri sendiri.

“Benarkan diri anda untuk merasa bahagia. Sebab kita tak akan tahu apa yang bakal jadi pada masa hadapan dan sentiasa berasa bimbang dengan apa yang belum berlaku tidak akan membuatkan kita rasa bagus pun.

“Hidup ni untuk bahagia hari ini kerana dipenghujungnya nanti kita kena berdamai dengan keadaan bahawa tiada apa di dunia ini kekal untuk selamanya,” jelasnya.

Sebelum ini, Shila dan Ubai selamat mengikat tali pertunangan pada 26 Mei lalu dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

 

 

Written by: Salma