Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

TKM P Pinang: Adun Sg Acheh turut dipertimbangkan, kata sumber

today15 August 2023

Background


Rashidi Zinol menang DUN Sungai Acheh dengan kelebihan 124 undi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lagi wakil rakyat Umno dipertimbangkan untuk jawatan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, kata sumber parti.

Menurut sumber, beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang tidak mahu bekas menteri Reezal Merican Naina Merican menjadi timbalan ketua menteri, meskipun beliau dikatakan pilihan untuk jawatan itu.

Mereka yang menolak Reezal sebaliknya mahu Adun Sungai Acheh Rashidi Zinol diangkat sebagai timbalan ketua menteri.

Pada PRU15 peringkat Pulau Pinang baru-baru ini, Reezal menawan DUN Bertam dengan kelebihan 2,321 undi, manakala Rashidi menang di Sungai Acheh dengan majoriti 124 undi.

“Pakatan Harapan cenderung kepada Reezal kerana pengalamannya serta kemenangan yang menyakinkan di Bertam,” kata sumber.

“Tapi ada pemimpin Umno Pulau Pinang risau Reezal akan mengancam kedudukan mereka.”

Sumber mendakwa beberapa pemimpin Umno nasional juga tidak mahu Reezal dilantik timbalan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Robin Augustin


Previous post