
KUANTAN: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan beberapa anggotanya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung siasatan “kartel perolehan” melibatkan kerja pembinaan di sebuah kem bernilai lebih RM9 juta.
Panglima Tentera Laut, Abdul Rahman Ayob, berkata SPRM juga mengambil beberapa dokumen bagi membantu siasatan kes yang difahamkan membabitkan projek tahun lalu, dan beliau menegaskan pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada siasatan terbabit.
“Biar mereka (SPRM) teruskan kerja dan kita tunggu sehingga keputusan siasatan nanti. TLDM tidak berkompromi dengan mana-mana anggotanya yang terlibat dengan salah laku dan mereka seharusnya sedar tindakan yang akan dihadapi jika melakukan kesalahan,” katanya.
Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas…