
KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) memeterai dokumen lembaran terma dengan Digital Nasional Bhd (DNB) bagi perkhidmatan pajakan gentian.
TM dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, lembaran terma itu meliputi ‘5G Radio Access Network (RAN)-to-Edge Fronthaul and Backhaul’ sebagai penawaran pajakan gentian menyeluruh tunggal dengan nilai kontrak berjumlah RM2 bilion bagi tempoh 10 tahun, yang dikategorikan sebagai perkhidmatan komersial.
Lembaran terma itu mengikat pihak-pihak dan akan membentuk asas perjanjian muktamad bagi perkhidmatan masing-masing.
“Selepas permeteraian lembaran terma itu, kedua-dua pihak hendaklah serta-merta mengadakan rundingan dengan tujuan untuk memuktamadkan…