Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melantik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja, mulai hari ini.
Sultan Ibrahim menitahkan perkara itu selepas selesai merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.
“Tunku Mahkota Johor dilantik sebagai Pemangku Raja mulai hari ini. Saya mahu berehat sekejap mulai hari ini,” titah baginda.
Walaupun ditugaskan sebagai Pemangku Raja, namun Sultan Ibrahim turut bertitah mengumumkan Baginda berkenan supaya Tunku Mahkota Ismail terus menerajui dan mengendalikan pasukan bola sepak JDT bagi memartabatkan sukan itu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
HM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar decreed for HRH Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Regent of Johor to continue…