Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap gaji bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim adalah terlalu tinggi.
Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Tunku Ismail menjawap persoalan mengenai Teong Kim sekiranya bekas ketua jurulatih skuad B-16 tahun negara itu terlibat dengan pembangunan bola sepak Malaysia.
“Lim Teong Kim minta 70-80 ribu Euro bersama dua pembantu jurulatih untuk berkerja dengan saya… Kalau dia sayang dengan bola sepak Malaysia, kerja dengan gaji 20-30 ribu gaji sebulan”
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 27, 2022
TMJ mendedahkan Teong Kim pernah meminta gaji sebanyak €70 Ribu hingga €80 Ribu atau sekitar RM330-380 ribu sebulan dan membawa dua hingga tiga pembantu sewaktu memohon untuk bekerja dibawah kendaliannya.
Menurutnya, jumlah tersebut…