
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengenepikan taksiran cukai berjumlah RM1.8 bilion oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tahun taksiran 2018.
Hakim Noorin Badaruddin dalam penghakimannya bersetuju bahawa jumlah berkenaan (RM 1.8 billion) dianggap sebagai elaun pelaburan semula (RA).
Peguam TNB S Saravana Kumar yang mengesahkan perkara itu, berkata pertikaian timbul apabila LHDN tidak membenarkan tuntutan elaun pelaburan semula TNB di bawah Jadual 7A Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA) atas alasan bahawa pengagihan dan penjanaan elektrik TNB bukan termasuk dalam sektor pengilangan elektrik, sebaliknya…