
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kekasaran yang melibatkan seorang pembaca meternya semasa menjalankan tugas rasmi di Pangsapuri Taman Bukit Segar, baru-baru ini.
Menurut laporan awal, mangsa diserang oleh dua individu yang tidak dikenali ketika berada di kawasan pangsapuri berkenaan. Kejadian tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut, petik satu kenyataan menerusi Facebook TNB…
