KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatatkan kerugian berjumlah RM441,600,089 akibat kecurian elektrik bagi kegiatan perlombongan bitcoin sejak 2020 hingga September lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Shuhaily Mohd Zain, berkata maklumat itu diperoleh hasil operasi bersama dijalankan pasukannya dengan TNB dalam tempoh itu.
Katanya, 2,091 serbuan berjaya dilaksanakan di seluruh negara sejak 2020 hingga September lalu dengan 54 operasi pada 2020; 529 operasi (2021); 692 (2022); 358 (2023); dan 458 (2024)
“Daripada 2020, hasil serbuan yang kita buat terhadap mesin-mesin perlombongan bitcoin yang telah kita rampas, anggaran kerugian adalah RM5,922,976 dan pada 2021 sebanyak RM140,454,624.
“Pada 2022, sebanyak RM124,963,423, tahun lepas RM67,166,744 dan tahun ini sehingga September dah cecah…