
SEREMBAN: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berdepan saingan dua penjuru di DUN Rantau.
Mohamad yang lebih mesra panggilan Tok Mat akan bersaing untuk merebut kerusi berkenaan dengan calon Perikatan Nasional (PN) Rozmal Malakan dari PAS.
Senarai calon bagi kerusi itu diumumkan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Rantau Norazam Nayan di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan.
Terdahulu, Mohamad tiba pada 9.08 pagi diiringi Presiden MCA, Wee Ka Siong, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Alexander Nanta Linggi dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sendayan, Yasin Abd Jamil yang mewakili Pakatan Harapan (PH).
Mohamad juga diiringi penyokong BN dengan paluan gendang memasuki pusat penamaan calon DUN Rantau.
Rozmal pula tiba di pusat penamaan calon DUN Rantau 8.50 pagi diiringi penyokong dan pencadangnya.
Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau dan menteri…