

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan dilapor dihalang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memasuki pusat penamaan calon DUN Lendu, Alor Gajah, kerana sudah melebihi kuota individu.
Menurut Utusan Malaysia, Mohamad yang juga timbalan presiden Umno berhasrat mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Abu Hakim Abdul Wahid untuk proses penamaan calon PRN Melaka.
Namun, petugas SPR menghalangnya memasuki pusat penamaan itu membawa pertikaman lidah antara mereka.
Memetik saksi yang enggan dikenali, berkata Mohamad mempersoalkan tindakan itu memandangkan beliau mempunyai pas SPR.
“Tok Mat (Mohamad) mempersoalkan kenapa beliau tidak dibenarkan masuk sedangkan beliau mempunyai pas SPR.
“Beliau turut bertanya, apa gunanya pas tersebut jika beliau tetap tidak dibenarkan memasuki pusat penamaan…