Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tok Mat nasihat tangguh dulu tunai umrah

today12 October 2026

Background


Menteri Luar Mohamad Hasan nasihat rakyat Malaysia tangguh dulu hasrat menunaikan ibadah umrah susulan serangan di lapangan terbang di Riyadh, sehingga mengorbankan 12 nyawa. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:

Rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan ibadah umrah buat sementara waktu, kata Menteri Luar Mohamad Hasan

Katanya, nasihat itu susulan risiko keselamatan setelah insiden Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dibom pada Sabtu lalu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 terkorban, manakala 300 cedera.

“Di Makkah masih tidak ada (insiden). Cumanya ada misil yang telah meletup di Riyadh…jadi kita minta supaya rakyat Malaysia elok tangguhkan dahulu perjalanan kita ke sana (Makkah dan Madinah),” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri kebarangkatan pulang Raja Jordan Raja Abdullah II di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Semalam, Kementerian Luar melaporkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post