
KOTA BHARU: Wakil Bersatu di Kelantan, Mustapa Mohamed dan Ikmal Hisham Abdul Aziz akan menggunakan simbol “bulan” pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Muhyiddin Yassin.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mengumumkan perkara berkenaan ketika berucap pada Himpunan Penyatuan Ummah di Kelantan, malam tadi.
“Calon Bersatu kalau ada di Kelantan ini, Tok Pa (Mustapa) dan Ikmal. Kedua-dua mereka ini akan masuk bertanding (PRU15) pakai bendera PAS (simbol bulan).
“Jangan tak pangkah dia (sokong). Kami (PN) dalam mesyuarat baru-baru ini dah bersetuju…Kelantan akan pakai simbol PAS,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Pada PRU14, Mustapa mengekalkan Parlimen Jeli yang diwakilinya sejak 2004 atas tiket Barisan Nasional (BN), namun keluar parti menjadi wakil…