Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tokoh perbankan Islam akan bantu siasatan SPRM

today3 February 2026

Background


daud bakar
Daud Bakar pernah berkhidmat sebagai pengerusi majlis penasihat syariah di BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Tokoh perbankan Islam Daud Bakar akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan agensi antirasuah itu terhadap bekas syarikatnya.

Wakil guamannya, Tetuan Ahmad Zaidi & Partners dalam kenyataan memaklumkan, Daud yang pernah berkhidmat sebagai pengerusi majlis penasihat syariah di Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah dipanggil untuk membantu siasatan SPRM.

“Beliau akan memberikan maklumat lengkap dan sokongan penuh bagi memastikan siasatan berjalan lancar, memandangkan tiada apa yang perlu disembunyikan di pihaknya,” kata firma guaman tersebut.

“Anak guam kami kekal komited terhadap ketelusan dan akan mengeluarkan kenyataan lanjut sekiranya terdapat sebarang perkembangan penting berkaitan siasatan tersebut.”

Firma guaman itu turut menyatakan, Daud telah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Infantino mahu larangan Rusia ditamatkan

Zurich: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, menyuarakan hasrat agar penggantungan Rusia daripada kejohanan antarabangsa selama empat tahun ditamatkan kerana menyifatkan tindakan itu ‘tidak mencapai apa-apa’.

today3 February 2026