Hot FM

Tokong 2 tingkat di Air Itam terbakar



Kebakaran berjaya dikawal dari merebak ke premis lain dalam tempoh 15 minit dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 7 malam, menurut bomba. (Gambar Facebook Persatuan Bomba Sukarela Perak Lane)

GEORGE TOWN: Sebuah tokong dua tingkat di Lorong Lembah Ria, Air Itam, terbakar petang semalam, namun tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.17 petang dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong terus ke lokasi kebakaran.

“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati api sedang marak dan sebahagian tokong berkeluasan 149 meter persegi itu telah terbakar, operasi pemadaman dijalankan bagi memadam kebakaran tersebut.

“Lebih 80% premis dua tingkat itu musnah dalam kebakaran dan tiada mangsa dilaporkan terlibat kerana difahamkan penjaga tokong serta pengunjung sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari berlaku kebakaran,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version