Cerita tentang seorang pemuda menjadi tular di laman Twitter apabila dipilih sebagai tukang cuci bulanan terbaik ketika melakukan kerja pembersihan di sekitar kawasan Kaabah.
Menerusi sebuah posting di laman berkenaan, Brader Kopiah berkongsi sekeping gambar pemuda berasal dari Pakistan itu yang diberi peluang untuk bersolat di Hijr-Ismail sebagai ganjaran pekerja terbaik.
Pemuda berkenaan berhasrat bagi memasuki Hijr Ismail berbanding memilih wang tunai sebagai ganjaran dan permintaannya itu ditunaikan oleh pihak pengurusan Masjidil Haram.
Bukan itu sahaja, pintu di kawasan Hijr Ismail juga ditutup bagi membolehkan pemuda itu menunaikan ibadah dengan bersendirian.
Menerusi ruangan komen, rata-rata cemburu dengan peluang yang dimiliki oleh pemuda tersebut.
