Hot FM

Tolak jatuh gaung, lelaki cuba bunuh isteri ditahan


handcuff
Suspek yang ditahan semalam kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki dipercayai cuba membunuh isterinya dengan menolaknya jatuh ke gaung dalam kejadian berhampiran KM 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Sabtu lalu.

Ketua Polis Gerik Zulkifli Mahmood berkata pihaknya dihubungi orang awam pada 2 petang hari terbabit yang memaklumkan penemuan wanita berusia 32 tahun yang keseorangan dan mengalami kecederaan.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek yang juga suami mangsa berusia 39 tahun membawanya dari ibu kota ke Perak kira-kira 5.30 petang Jumaat lalu dengan alasan ingin pulang ke kampung.

Namun, kedua-duanya bertengkar sepanjang perjalanan sebelum mangsa dikasari dan diugut bunuh oleh suspek yang kemudiannya memberhentikan kereta di satu lokasi.

“Suspek memberhentikan kereta dan bertindak mengugut mahu membunuh mangsa menggunakan sebilah pisau namun mangsa merayu, berlaku pertengkaran sambil suspek mencekik leher…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version