
Pendirian PAS yang enggan memegang jawatan exco dalam kerajaan Perlis bukannya bermakna parti itu cuba berkonfrontasi dengan istana, kata Ketua Pemudanya Afnan Hamimi Taib Azamudden.
Afnan berkata pendirian PAS jelas dan tetap menyokong kerajaan Perlis pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Bersatu, sebagaimana dijelaskan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, sebelum ini.
“Pendirian menyokong kerajaan negeri adalah kerana menjunjung konsep Raja Berperlembagaan dan menghormati kebijaksanaan tuanku (Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail).
“Sebab itu semua enam wakil rakyat PAS hadir ketika majlis angkat sumpah menteri besar baharu,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Beliau mengulas dakwaan beberapa pihak di media sosial bahawa PAS dilihat seperti berkonfrontasi dengan istana…