Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tolak parti Semenanjung tanding kerusi Sabah, Jeffrey didakwa langgar Perlembagaan

today25 June 2024

Background


Suhaimi Nasir
Ketua Penerangan Umno Sabah, Suhaimi Nasir berkata, parti itu bertapak di Sabah sekian lama dan tiada isu ia tidak menghormati autonomi negeri berkenaan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno Sabah menyifatkan kenyataan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jeffrey Kitingan menolak parti dari Semenanjung merebut kerusi Parlimen di Sabah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Penerangan Umno Sabah, Suhaimi Nasir berkata, tiada autonomi politik yang hanya membenarkan parti politik berpangkalan di Sabah bertanding kerusi di negeri itu seperti didakwa Kitingan.

“Umno bertapak di Sabah sekian lama dan mempunyai kuasa autonomi sendiri di Sabah. Tiada isu untuk Umno Sabah tidak menghormati autonomi Sabah.

“Yang bertanding merebut kerusi pilihan raya di Sabah, dari parti Umno itu adalah anak jati Sabah itu sendiri. Lagipun, Umno telah diberi kuasa dalam mengurus segala urusan parti mengikut acuan Sabah itu sendiri,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Chia Wan Rou


Previous post

Sukan

Peluang Messi buang ‘badi’ MetLife

East Rutherford, Amerika Syarikat: Sehari selepas berusia 37 tahun, Lionel Messi kembali ke salah satu venue paling mengecewakan dalam karier gemilangnya apabila Argentina menentang Chile di Stadium MetLife dalam aksi Kumpulan A Copa America, pagi esok.

today25 June 2024