Site icon Hot FM

Tolak prasangka, hayati semangat Hari Malaysia, kata PM


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata rakyat perlu ihsan dan berkasih sayang demi memperteguh perpaduan antara kaum.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa seluruh rakyat menghayati semangat Hari Malaysia tahun ini dengan rasa cinta yang mendalam terhadap negara, sikap ihsan, dan kasih sayang serta perteguh perpaduan antara kaum.

Menerusi catatan di Facebooknya, Anwar yakin negara ini kuat dan mampu melonjak ke depan sekiranya seluruh rakyat berani menolak sikap prasangka dan memupuk persefahaman serta kasih sayang.

“Selamat Hari Malaysia kepada seluruh anak bangsa! Segulai sejalai,” menurut catatan itu.

Hari Malaysia tahun ini disambut dengan tema sama Hari Kebangsaan 2023 iaitu “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”, manakala frasa bahasa Iban di Sarawak “Segulai Sejalai” bermaksud “seiring sejalan” pula adalah cogan kata perpaduan untuk seluruh negara.

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan kali ini diadakan di Stadium Perpaduan,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version